Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

30 December 2008

Tahun Baru Datang Lagi


Sedar tak sedar semakin jauh perjalanan hidup ini ada yang baik ada yang buruk itu semuanya adalah dugaan. Dan dalam bermain muzik ni banyak perkara yang dipelajari di caci dimaki dipuji itu semuanya sudah lali dan harus diterapkan dalam diri. Mental dan fizikal juga perlu bersedia untuk menghadapi apa yang mendatang.


dah masuk 7 tahun perjalanan The Liberals amat menyukarkan dan menyedihkan. Bermula ibarat Sampah dan kemudiannya dikitar semula, maka jadilah kami seperti sekarang. 2008 banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, berjumpa dan berkawan dengan rakan-rakan baru banyak memberi aku inspirasi dan kekuatan untuk terus disini. Walaupun jatuh terpaksa berdiri semula. Banyak permintaan bermain di gig atau event terpaksa dilupakan. Pada awal tahun kesemua line-up masih belajar di pengajian tinggi kecuali aku. dan terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Dipertengahan tahun pula Irwan meninggalkan The Liberals diikuti Abby bagi memberi komitmen dengan Johnny Comes Lately.Dan di penghujung tahun baru la kami dapat pengganti di posisi drum, iaitu Krol (FRU dan Civil Disorder), dan Ippo (Lucky Munky) sessionis diposisi Bass.

Banyak perancangan yang terpaksa aku sendiri tangguhkan, seperti materials baru dan juga merchandise. Mungkin tak sempat untuk disiapkan materials baru kerana apa yang berlaku dengan pertukaran line up. Mungkin tahun 2009 kami akan mengeluarkan materials baru, samada EP atau Full Length masih difikirkan lagi. Merchandise pula kami serahkan kepada Skullitica disebabkan aku sendiri tiada masa untuk menguruskan hal berkenaan, dan aku sendiri kurang arif.

dan terakhir sekali,

Selamat Tinggal wahai 2008
engkau kini tinggal kenangan
itu semua tak akan ku lupakan
telah ku sahut segala cabaran

Selamat datang wahai 2009
akan aku tempuh segala dugaan
jatuh bangun terus berjalan
melangkah maju mara kehadapan

-cheers
-andax

12 September 2008

Negara Gila Pangkat Gila Kuasa

percaya atau pun tidak, itulah hakikatnya. Lihatlah, disekeliling kita.. contohnya Lim chong Wei (betol ke aku eja ni? lantak!) baru menang pingat perak, dah dapat gelaran "DATO'" bley masuk akal ke? sedangkan orang luar tu yang menang 9 pingat siap pecah rekod dunia pon belom tentu dapat gelaran. Betulkan apa yang aku cakap?

terlalu banyak golongan golongan yang berpangkat dan kononnya berdarjat, membuatkan bertambah banyak orang yang bodoh, mengejar segala pangkat? Dato', Tan Sri, Tun tu semua hanya meramaikan lagi keegoan orang-orang di Malaysia. Kononnya hebat, tapi tak kemana pon. kenapa banyak sangat gelaran? sedangkan kalau kita lihat di Britain, mereka hanya menggunakan satu gelaran sahaja iaitu "Sir", itu pon nak dapat punya lah susah.

30 August 2008

51 Tahun selepas merdeka?


Apa ertinya merdeka jika diri sendiri masih terasa dijajah? kemanakah hilangnya erti merdeka? Adakah hanya terletak pada perkataan sahaja "MERDEKA?". Setelah 51 tahun merdeka aku tak dapat memahami disebalik isi merdeka. Seperti hamba didalam kuasa kerajaan yang hanya mahu menggunakan kesempatan terhadap rakyat.

Jika pihak kerajaan suruh masuk lubang jamban pon mesti ada rakyat yang sanggup. Mengapa jadi bodoh? Adakah kita tak punya harga diri? Janganlah nak jadi anjing kerajaan! Itu semuanya bodoh! bangang! Tak masuk akal. Kita hidup untuk lakukan apa yang kita mahukan. Itulah baru sebenar erti merdeka dalam diri. Macam lah kita tak tau apa yang kita buat tu betul atau salah.

51 tahun selepas merdeka. Kemanakah kebajikan terhadap rakyat yang selama ni tunggang langgang dengan kerenah pihak kerajaan yag suka mengambil kesempatan? Mengapa masih ada rakyat yang tak punya rumah? tiada perkejaan dan menganggur? masih ada yang tinggal dirumah setinggan? Sedangkan Malaysia digelar negara maju?

Fikirkan dan renungkan sendiri