Biography



The Liberals telah wujud pada lewat tahun 2002 oleh andax pada ketika itu .Mula bertapak dari negeri hujung tanah malaya iaitu Johor. Ketika itu hanya andax sebagai anggota tunggal didalam band ini, didalam jangka masa tiada ahli band yang lengkap The Liberals menggunakan khidmat sessionis dari kalangan rakan - rakan untuk persembahan sehinggalah pada pertengahan tahun 2006 dimana Andax pada masa itu telah berhijrah ke Kuala Lumpur .

Kami hanyalah generasi baru yang cuba menyambung semula apa yang telah ditinggalkan oleh band-band lama sebelum kami (The Bollocks, Carburetor Dung, Dirty Dog, Psycho Sickness, dsb) untuk terus bernafas di muka bumi ini. Sumbangan mereka didalam scene ini amat berharga pada kami, dan kami cuba untuk meneruskan perjuangan mereka. Muzik kami lebih kepada aliran hardcore punk dan rock, dan kami menggabungkannya untuk mencari identiti muzik kami tersendiri. Banyak rujukan muzik kami adalah daripada band-band seperti The Casualties, GBH, Anti Flag dan Cheap Sex. Demo pertama kami iaitu "Kita Kawan Bukan Lawan" telah siap dan diedarkan sejak 7 Julai 2007.



Muzik kami bukan sahaja untuk mereka yang bergelar punx tetapi ia boleh di dedengari oleh sesiapa sahaja. Kami bukan bersaing untuk mendapat nama yang besar. tahu apa yang perlu kami lakukan. Jika kami mengejar glamor semata-mata, kami takkan buat muzik yang mak bapak kami sendiri tak nak dengar (apatah lagi awek-awek yang hot nak dengar haha!). Kami cuba menerapkan muzik yang bertenaga dan lirik yang membuka mata dan minda dengan terus menggunakan semangat DIY.


ENGLISH

The Liberals was born in years 2002 by andax till mid 2006. Basicly The Liberals base in Southern Of Malaysia , Johor. But start 2006 The Liberals come up to Kuala Lumpur scene and major of the new line up are from around Kuala Lumpur and Selangor.

We're the new generation of Malaysian punx band to recover what our pioneer left for us from deads. Our legendary local punk band has an extensive and made the history in our scene. Our Music is more to Hardcore and Punk Rock. And the major influence are from The Casualties, GBH, Cheap Sex, Gamelanoink , The Exploited dan The Bollocks. The Liberals released first demo in 07th July 2007 "Kita Kawan Bukan Lawan" demonstrate exactly how The Liberals try to bring up back the punk music in Malaysia and picked up where our locals pioneer punk band left off. it's not about being bigger, faster or somewhat better than anyone. it's not about competing, dressing stylishly or waving flags. it is about the content of mind and heart, not only ours, but everybody believing in this type of music, keeping this spirit as DIY as it always had to be! this is for everyone! we put spirit, passion and anger into our music. are you with us?
UP THE PUNX!