Showing posts with label Interview. Show all posts
Showing posts with label Interview. Show all posts

30 August 2008

Interview with zine "Another Minority"

Assalamualaikum saudara andax.. first words please..

-waalaikum salam.. thanks sebab sudi interview aku..

Boleh ceritakan sedikit latar belakang band The Liberals?

Band ni wujud semasa aku di kolej dulu pada tahun 2002 di Johor Baharu. Masa awal penubuhan kami hanya bermain suka2 jer. Tapi pada 2003 kitorang ada record lagu sendiri, dan dari situ lah bermulanya perjalanan sebenar band ini.Semasa awalnya band ini terdiri daripada aku (2nd Gitar +voc) , Jeff (drum), Amy (bass) dan Fit (Gitar). Cita-cita kami Semuanya seakan terkubur apabila pengajian kami tamat, dan semua ahli band ini mencari kehidupan masing-masing. Selpas itu hanya tinggal aku dan Jeff sahaja yang masih setia didalam band ini. Kami dijemput bermain gig semasa itu dengan bantuan sessionist dari kalangan kengkawan seperti (aredick, limbong, toobat dan man). Pada hujung 2005 Jeff pula keluar meninggalkan aku yang sedang terkapai-kapai kerana komitmen kerja. Sehinggalah pada pertengahan 2006 kami dapat line up baru iaitu terdiri daripada aku (voc), ari(gitar),a-b(bass) dan irwan (drum). Dengan line up baru ni muzik kami lebih kepada The Casualties , Sex Pistols dan The Exploited sebagai bahan rujukan. Alhamdulillah line up kami skrg ni takder yang mabuk dan mengambil dadah.

Kenapa kamu memilih nama The Liberals?

Emm.. Sukati akulah!! ntah ar aku rasa makna dan nama The Liberals tu cam best tu yang aku main amik jerk.

Apa perkembangan terbaru band anda ( The Liberals) di kala ini?

-Alhamdulillah buat masa ini semuanya berjalan lancar, kitorang buat masa skrg ni dah siapkan 5 lagu dari pada 6 lagu untuk dimuatkan ke dalam demo nanti. Insyaallah dalam masa terdekat ni siap. Untuk record kitorang tak tau lagi bila, sebab gitaris kitorang iaitu "ari" baru sahaja melanjutkan pengajaran ke uitm melaka. Aku pun tak berani janji bila nak siap sepenuhnya.. kalau ada masa dengan rezeki nanti siap lah demo tu.

Aku dengar kau dah tak main gitar lagi dengan line up yang bar betul ke?

Eh! Sukati aku ler nak main gitar ke tak nak.. emm.. sebenarnya aku nak concentrate kat voc aku, klu aku main gitar tapi nanyi sumbang nak buat apa?

Bila Materials korang akan release?

nengok jawapan no4 tu .. terima kasih.

Adakah Band Ini mengikut ideologi-ideologi mana - mana (seperti anarchy, straight edge dsb)?

tidak.. kitorang lebih kepada muzik sahaja. Dan dalam muzik kitorang , kitorang buat apa yang kitorang nak itu sajer.. bagi aku ideologi ni ada cacat celanya tu yang aku taknak mencampur aduk ke dalam muzik kitorang.

Pendapat kau mengenai zine sekarang ni, adakah ianya semeriah seperti dulu?

bagi aku zine2 sekarang ni x lah semeriah seperti dulu. Kalau dulu , zine memang bersepah dan ramai editor2 yang mempunyai idea yang bernas, tidak seperti sekarang ni. Tetapi kini semua org beralih arah kepada web zine dan e-zine di internet.

Apa yang kau cuba lakukan untuk scene kita ni yang aku nengok semakin berpecah belah?

No komen, sebab bukan scene kita jek berpecah belah, tapi kawan- kawan kita sendiri pun berpecah belah. Ini semuanya disebabkan egoistik yang tak mau mengalah. Kalau ada yang mengalah sure tak jadi camni.

Macam mana nak kontek korang?

via internet:

www.myspace.com/liberals

www.liberals.tk

via phone: andax 0127343625

Last Words

thanks kepada editor kerana sudi aku . adios!!

18 July 2008

The Liberals interview with zine xnothing elsex

hellooo apa khabar kamu andax? bagaimana kondisi kamu lewat ini? apa yang kamu lakukan selain bermain muzik? sejak bila ko terjelapuk dlm dunia punk ini?

-kabar baek.. aku sentiasa ok. cuma kehidupan dikala ini agak terumbang ambing, almaklumlah dunia. selain daripada bermain muzik aku juga ada menerbitkan sebuah zine iaitu 'rotten & rebels'. ianya lebih kepada politik dan punk.hurm.. aku terjelepuk dalam punk ni sejak azali lagi
=)


bagaimana dengan the liberals? cerita sedikit tentang asal usul wujudnya band kamu ini? ada apa2 rilisan terbaru yang kamu keluarkan?



-the liberals wujud ketika aku dikolej dulu. masa tu tahun 2002.line up asal band ni dulu, fit (gitar) ,amy (bass), jeff (drumm) dan aku. so bila kitorang abis studi masing masing busy. tinggal aku dengan jeff yang tinggal.tapi kami tak hampa kerana kami sempat record sebuah demo berjudul "korporat keparat" tp hanya utk kengkawan (sbb masa tu masih memalu lg =) ).kami terus bermain di gig2 dengan bantuan sessionist.awal 2006 jeff meninggalkan the liberals kerana komitmen kerja. pada mid 2006 ni kami dpt line up yg tetap dan cerdas yang terdiri daripada: aku, ari (gitar),a-b (bass),wan(drum).. sekarang ni kami tgh menyiapkan lagu yg lebih kepada hardcore+punk+rock., dan dalam masa terdekat ni juga kami akan meriliskan materials kami.


andax ko salah seorang editor zine rotten and rebels kan? apa isi kandungan zine kamu tu? promote ar skit zine ko tu dlm aku nye zine ni hehehe,..

-yerp.. ok isi kandungan didalam zine aku banyak berkisahkan ttg politik semasa, berkenaan masalah didalam scene, tentang punk dsb. dan didalam zine ini aku telah interview band seperti, verbal chaos, carburetor dung,dirty dummy,plague of happiness dan streetwar.ok kepada yg berminat bleh lah kontek aku:
punx@rock.com just rm3.00 by hand/ rm4.00 ppd


ok dlm band kamu tu, liriknya sering berkaitan dengan apa? komen sedikit tentang sistem kapitalis..

-lirik yang kami gunakan lebih kepada protes, life, perjuangan,kawan dan apa2 jer yg kami rasa nak masukkan.kapitalis? kesimpulannya.. CAPITALIST TOTALLY SUCK!

apa itu pengeritian punk bagi ko? ok beri penjelasan sedikit tentang perbezaan chaos punk dengan peace punk? mengapa ada perbezaan sebegini?

-pengertian punk adalah meluas dan berbeda diantara sesama kita, disebabkan cara pemikiran kita yg berlainan. bagi aku punk ni adalah sebuah perjuangan, cara hidup, dan attitude. punk ni sebenarnya lahir dari jiwa bukannya mengikut kengkawan, trendy,media dsb. apabila ianya telah lahir dari JIWA maka lahirlah PEMiKIRAN, pemikiran ini membuat kita berfikir kemana hala tuju kita, dan apa yg hendak kita perjuangkan. setelah itu maka lahirlah TINDAKAN. tindakan adalah perbuatan bagaimana kita mengolah apa yg kita protes, ada yg diantara kita memprotes menggunakan muzik,berfesyen,contribute zine dsb. kita tak boleh menyalahkan seseorang itu dgn cara mereka perjuangkan. mungkin itu adalah cara mereka, dan cara kita pun mungkin berlainan.
CHAOS PUNK adalah punk dijalanan yg kebanyakannya memperagakan fesyen dan muzik sebagai perjuangan meraka. PEACE PUNK lebih kepada pemikiran sebagai cara perjuangan mereka.. sebenarnya kita sama tiada perbezaannya cuma ideologi dan cara hidup kita sajer yg berbeza.


bagaimana kamu menjalankan kehidupan seharian kamu.. pandangan family ko ttg life style ko andax? adakah diorg tahu ttg pergerakan ko dlm scene punk ni?

-aku seperti manusia biasa ,tiada bezanya.. family aku ok jerk.. yg penting mereka tau hala tuju aku.. yerp mereka tau, sbb punk ni bukannya gangster!


Tidak ada yang bagus tentang punk itu yang kebanyakan masyarakat tahu tetapi masyarakat tidak tahu wujudnya ideologi straight edge so komen skit andax?

-ideologi straight edge ni ataupun cara hidup sihat ni mmg baik.. diorang tetap tak dpt terima sbb kita telah di cop sbgi budaya yg teruk..


apa pandangan ko tentang teknologi? adakah ia penting dlm kehidupan kita? tanpa kita sedari kewujudan internet dengan kewujudan blog telah mencacatkan penghasilan zine?ko setuju?

-teknologi ada kebaikan dan keburukan.. sama cam kita jugak. dalam masa sekarang teknologi semakin penting dalam kehidupan kita. hurm kita tak boleh salah kan teknologi 100%, kita kena salahkan mentaliti kita sendiri.webzine atau e-zine mungkin adalah salah satu cara individu itu yang tak mau kan sebarang profit. mereka cuba menggunakan teknologi utk menyampai dan berkongsi maklumat.. so tak salahkan?


pengertian cinta bagi kamu? adakah cinta hanya untuk mendapatkan kepuasan seks? komen ko tentang seks bebas yg sering berlaku dlm negara ni?

-love not for sex.. makna cinta adalah meluas.. cinta adalah kasih sayang terhadap sesuatu. Klu kita bercinta dgn tuhan takkan kita ianya utk seks jugakkan? seks bebas di negara kita skrg ni semakin menjadi2.. kawin jer dgn cara yg betul kalau nafsu korang membuak2. maka takkan berlaku pembuangan bayi. bayi tu tak berdosa, kasihani lah mereka.


ko rase la kan perjuangan punk ni akan diterima oleh masyarakat atau sebaliknya? mengaapa masykt tidk boleh menerima apa yg kita lakukan?

-perjuangan punk ni akan terus dikritik oleh masyarakat.. trust me! walaupun apa yg punk perjuangkan ada kebenarannya. masyarakat kita masih hidup dalam tempurung, mentaliti mereka masih ditakuk lama


ko ada awex? ko rase ko nye awek ni jujur tak dengan ko. apa yg ko akan lakukan sekiranya suatu hari nanti dia tinggalkan ko? selain ko cari awek lain?


-aku xder awek.. klu nak carik awek carilah yg bleh guide kita dan boleh saling mempercayai. aku akan terus dgn hidup aku macam biasa, tak perlu perubahan. aku masih still bleh bermain muzik , hang out dgn kengkawan.. dll



ko suka govarnment? aku tau ko mesti anti betul tak? tapi aku nak ko jwb gak soalan ni..mengapa masih ramai lagi yg tdk dpt makan sedangkan makanan mencukupi dlm negara ni? mengapa kawasan setinggan masih wujud ini menunjukkan yg malaysia ni belum maju.. komen skit..

-government sentiasa aku benci, cukai dibayar, petrol naik, api naik, air naik, tapi apa perubahan yg berlaku? kawasan setinggan masih banyak disebabkan kerajaan yg masih tak mengendahkan rakyatnya. INGAT! TANPA RAKYAT TIADA KERAJAAN!



ok lar aku rase tu je kot..sorry ar macam berbelit belit je soalan2 aku ni..so kata2 terakhir ko sebelum mengakhiri temubual ni..ok thanks andax.. stay punk stay clean..

-aku nak ucap terima kasih bebanyak kerana ko sudi interview aku .. dan baca jawapan aku yg bodo ni..



The Liberals interview with zine xnothing elsex
[Edit]
Permalink