18 July 2008

Street Rawk Attack

Aku tunggu A-B, irwan dan aizat di Kelana Jaya. Sebenarnya aku overnight dengan maggoo kat KJ . Malas nak balik ingatkan nak training tapi tak jadik. Pagi tu aku tunggu bebudak ni yang nak ikut gi gig ngan maggoo, pukul 9 pagi Acab call aku tanya aku kat mana, aku cakap ler aku kat glomac. Bila dia dtg dia payung sarapan, pastu pikir lah apa aktiviti yang nak dibuat sambil tunggu A-B datang. Acab plan gi giant sebab nak tukar duit Australia yang dia ada. Kitorang terus gerak bila dah abis makan semua. Sampai kat giant terus jek tukar duit Australia tu, dalam pala otak memasing adalah dapat rm150 tapi bila tukar jek, memasing terkejut sebab dapat Rm210. Hah apa lagi kitorang terus jek bercuti kat Giant Mall tu. Hahaha.. dah macam omputih pun ada. Klakar rasanya , kitorg beli lah apa apa yang patut pastu lepak kat Burger King. Dalam pukul 11.30pg kitorang blah dari situ.. Sebenarnya aku masih lagi cuak untuk gig tu sebab Ari takder main sebab dia ada exam, takperlah aku tak kesah sangat . Aku anggap gig ni untuk enjoy2 jek. Lepas tu kitorang gerak pegi Cyber Cafe layan game jap. Dah macam takder event plak hari tu sedang kan sat lagi nak pi main gig ni, bleh bantai enjoy sakan plak.

Dalam setengah jam kitorang kat situ A-B muncul ngan wan dan kawan dia Aizat yang menggantikan Ari utk gig tu. Acab ngan Maggoo tunggu kat situ sebab nak pegi jamm kejap. Bila pegi studio kat situ, semuanya tutup, lepastu pegi plak ss15 masih tutup jugak, last last kitorang gerak studio kat PJ , seb baek bukak. Dalam kereta Harkeem ( organiser gig tu ) call aku, suruh dtg cepat sikit. Huhu nak dtg cepat camner, kitorg baru jek booking studio, dah tu Aizat perlukan penyesuaian ngan band ni, sebab dia belum pernah lagi jamm sesam ngan kitorang. Sampai di studio tu kitorang terus je melalak sakan. nengok jam dah 2 lebih, so kitorang jamming 1/2 jam jek. Lepastu kitorang pegi KJ semula nak amik Maggoo sebab dia kata dia nak tumpang. Sesampainya di KJ terus pick up maggoo dan terus bergegas ke lokasi gig di Paul's Place. Acab gerak sana naik cab dengan Din sebab kereta dah tak muat.

Sesampainya didestinasi ramai giler skinhead kat situ, ahaks mestilah ramai sebab banyak band skinhead yang main band punk hanya dua iaitu kitorang ( The Liberals ) dan Mawar Liar. Kitorang main slot kedua untuk gig tersebut.. takperlah tak kisah sangat sebab A-B perlu balik awal ke UIA . Dalam perancangan kitorang main 8 lagu, 5 lagu sendiri 3 lagu cover. Tapi bila naik stage jer diorang suruh main 5 lagu jer sebab dah lambat sangat. Takder hal lah, lagu pertama kitorang haritu adalah lagu sendiri iaitu "Harian Metro" disusuli cover dari The Casualties iaitu "Riot". Lagu ketiga plak "Aku Bukan Rockstar" diikuti dengan lagu "Punks Not A Gangster". Lagu kelima adalah cover dari The Casualties lagi iaitu "Ugly Bastard" sepatutnya turn kitorang dah abis tapi langgar jerk dengan lagu sendiri iaitu "Dont need your revolution".

Maka tamatlah persembahan kitorang untuk gig tersebut..

No comments: