30 August 2008

Lagu Kita Kawan Bukan Lawan



Lagu ni pernah menjadi persoalan kepada mereka2 yang pernah mendengar lagu ini. Ada yang menganggap bahawa lagu ini adalah untuk "line-line" nih. haha.. Minta Maaf ya. Kami bukan punk yang sebegitu. :)
Lagu ini sebenarnya adalah berisikan nasihat; mengapa kita berpecah sedangkan kita sendiri hidup didalam scene yang sama.Sedangkan ideologi itu kita gunakan untuk diri kita sendiri. bukan untuk orang lain. kita hanya boleh memberi pendapat sahaja, terima atau tak itu terpulang kepada individu. Mereka juga ada hak untuk pilihan hidup masing-masing.

Lihat sendiri liriknya:

Kita Kawan Bukan Lawan

Sombong egoistik punca kita kejatuhan
entah ada apa dengan warna pakaian
lambang yang penuh tiada kepastian
sampaikan kita bergaduh sesama rakan

c/o: Kita Kawan Bukan Lawan! (bangkitlah!)

Sampai bilakah ianya harus berterusan?
ideologi bukanlah untuk bergaduh sesama rakan
ada apa dengan kuasa dan kekuatan
ubahlah fikiran dan maju kedepan

c/o:Kita Kawan Bukan Lawan! (bangkitlah!)


-terima kasih

2 comments:

gracius said...

oo yer ker?
hehe!

ayi said...

up the punx !