30 August 2008

Setahun Kita Kawan Bukan Lawan

Pencapaian setahun "Kita Kawan Bukan Lawan"


Setelah setahun "Kita Kawan Bukan Lawan" di riliskan, telah terjual sbnyk 200 unit. Disebabkan kekurangan modal. Tapi tetap akan diteruskan dengan perlahan - lahan. Banyak rintangan dihadapi didalam band. Terutama sekali komitmen yang cuba diberikan oleh ahli band ini .. kerana kesibukan didalam pelajaran. Dan disebabkan itu tahun ini agak suram kerana tidak dapat beraksi dan terpaksa menolak jemputan beraksi di gig-gig. Minta Maaf ya.. Punk tu punk jugak yer.. tapi pelajaran jangan diabaikan. Jadilah Punk yang berilmu.

Dalam rilisan yang berusia setahun ini, banyak suka duka yang kami terima. Alhamdulillah semuanya memuaskan. semasa rilisan ini berusia 5 bulan kami telah dijemput bermain di ROTTW Convention 2007. Sebuah penghargaan bermakna sebagai band baru dan sebagai sebuah band Punk Rock.. Kami juga ada menerima jemputan berdokumentari didalam Punk's Not Dead sebuah filem dokumentari rilisan Susan dan Tim Armstrong. Tapi kami terpaksa menolak kerana pada masa itu kami tiada video live lagi.

Baru-baru ini kami telah menerima pelawaan bersama-sama didalam rilisan kompilasi pemuzik punk rock seantero dunia, kelolaan Deadlamb records yang bertapak di Ireland. Kemungkinan ianya di pasarkan diesluruh eropah dan amerika sahaja disebabkan hanya kami sahaja band daripada Asia. Kami akan terus berbincang dengan pihak deadlamb utk pasaran di Malaysia. Didalam kompilasi ini kami memuatkan lagu DONT NEED YOUR REVOLUTION.

Dan yang paling bermakna bagi kami adalah dijemput bermain di Eropah dan Filipina kelolaan beberapa label record disana. Kami terpaksa menolak kerana masalah kewangan sebagai modal ke sana. dan kami masih belum memiliki passport. haha (padan muka aku!). Mungkin pada suatu hari nanti. kami akan cuba kesana bila duit dah banyak.. hehe..

No comments: