30 August 2008

Interview with zine "Another Minority"

Assalamualaikum saudara andax.. first words please..

-waalaikum salam.. thanks sebab sudi interview aku..

Boleh ceritakan sedikit latar belakang band The Liberals?

Band ni wujud semasa aku di kolej dulu pada tahun 2002 di Johor Baharu. Masa awal penubuhan kami hanya bermain suka2 jer. Tapi pada 2003 kitorang ada record lagu sendiri, dan dari situ lah bermulanya perjalanan sebenar band ini.Semasa awalnya band ini terdiri daripada aku (2nd Gitar +voc) , Jeff (drum), Amy (bass) dan Fit (Gitar). Cita-cita kami Semuanya seakan terkubur apabila pengajian kami tamat, dan semua ahli band ini mencari kehidupan masing-masing. Selpas itu hanya tinggal aku dan Jeff sahaja yang masih setia didalam band ini. Kami dijemput bermain gig semasa itu dengan bantuan sessionist dari kalangan kengkawan seperti (aredick, limbong, toobat dan man). Pada hujung 2005 Jeff pula keluar meninggalkan aku yang sedang terkapai-kapai kerana komitmen kerja. Sehinggalah pada pertengahan 2006 kami dapat line up baru iaitu terdiri daripada aku (voc), ari(gitar),a-b(bass) dan irwan (drum). Dengan line up baru ni muzik kami lebih kepada The Casualties , Sex Pistols dan The Exploited sebagai bahan rujukan. Alhamdulillah line up kami skrg ni takder yang mabuk dan mengambil dadah.

Kenapa kamu memilih nama The Liberals?

Emm.. Sukati akulah!! ntah ar aku rasa makna dan nama The Liberals tu cam best tu yang aku main amik jerk.

Apa perkembangan terbaru band anda ( The Liberals) di kala ini?

-Alhamdulillah buat masa ini semuanya berjalan lancar, kitorang buat masa skrg ni dah siapkan 5 lagu dari pada 6 lagu untuk dimuatkan ke dalam demo nanti. Insyaallah dalam masa terdekat ni siap. Untuk record kitorang tak tau lagi bila, sebab gitaris kitorang iaitu "ari" baru sahaja melanjutkan pengajaran ke uitm melaka. Aku pun tak berani janji bila nak siap sepenuhnya.. kalau ada masa dengan rezeki nanti siap lah demo tu.

Aku dengar kau dah tak main gitar lagi dengan line up yang bar betul ke?

Eh! Sukati aku ler nak main gitar ke tak nak.. emm.. sebenarnya aku nak concentrate kat voc aku, klu aku main gitar tapi nanyi sumbang nak buat apa?

Bila Materials korang akan release?

nengok jawapan no4 tu .. terima kasih.

Adakah Band Ini mengikut ideologi-ideologi mana - mana (seperti anarchy, straight edge dsb)?

tidak.. kitorang lebih kepada muzik sahaja. Dan dalam muzik kitorang , kitorang buat apa yang kitorang nak itu sajer.. bagi aku ideologi ni ada cacat celanya tu yang aku taknak mencampur aduk ke dalam muzik kitorang.

Pendapat kau mengenai zine sekarang ni, adakah ianya semeriah seperti dulu?

bagi aku zine2 sekarang ni x lah semeriah seperti dulu. Kalau dulu , zine memang bersepah dan ramai editor2 yang mempunyai idea yang bernas, tidak seperti sekarang ni. Tetapi kini semua org beralih arah kepada web zine dan e-zine di internet.

Apa yang kau cuba lakukan untuk scene kita ni yang aku nengok semakin berpecah belah?

No komen, sebab bukan scene kita jek berpecah belah, tapi kawan- kawan kita sendiri pun berpecah belah. Ini semuanya disebabkan egoistik yang tak mau mengalah. Kalau ada yang mengalah sure tak jadi camni.

Macam mana nak kontek korang?

via internet:

www.myspace.com/liberals

www.liberals.tk

via phone: andax 0127343625

Last Words

thanks kepada editor kerana sudi aku . adios!!

No comments: