18 July 2008

ARMS WITH ARMS (REVIEW)

ARMS WITH ARMS (REVIEW)

pada tanggal malam tahun baru 2006, 2 orang anak muda telah bersepakat untuk mengadakan satu gig dengan tujuan untuk mengumpulkan kawan2 yang telah lame terpisah dan untuk bergembira tanpa memikirkan soal untung. setelah kata persetujuan dipakat maka tanggal 11march 2006 telah di pilih untuk mengadakannya

pada 11 march 2006 yang lepas. tepat jam 10pagi. kami telah ke studio untuk mengambil equipment seperti yang telah dijanjikan. tetapi malangnya setelah di'contact' beberapa kali tuan punya studio mematikan handsetnya. tidak tahu apakah tujuanya. kami hanya berharap dengan menghantar mesej kepadanya. seperti yang dijanjikan pada jam 12 tgh hari. kami menunggu di depan Storm Sports Club yang bertempat di dalam pasar borong selangor, sri kembangan akan tetapi equipment yang telah dijanjikan untuk sampai pada waktu malangnya tidak juga sampai. dalam jam 2ptg band yang pertama tiba adalah band Man of Sin. band sudah datang tapi equipment tidak lagi sampai. Man of Sin setia menunggu sehingga mereka mengambil kesempatan itu untuk pergi makan tengah hari di kedai yang berdekatan. lebih kurang jam 2.30 barulah equipment yang kami tunggu2 akhirnya sampai. dan lebih kurang pukul 3.00 petang bermulalah sound-check. seperti yang dijangka pada pukul 4.30 petang acara pun bermula walaupun ada band yang tidak membuat sound-check lagi.

tepat pukul 4.45 petang, band wunderbar membuka tirai dengan persembahan yang berentakkan brit pop. wunderbar adalah satu band project dari UPM serdang yang di ketuai oleh fellow. ketika wunderbar beraksi saya tidak dapat bersama kerana ada hal yang hendak diselesaikan. tapi mereka semua membawa 2 lagu mereka sendiri dan 3 lagu cover antaranya ialah the strokes dan kaiser chiefs.

selepas itu persembahan diteruskan dengan persembahan bertenaga dari sky juice coffee. mereka membawakan lagu2 yang berentakkan punk-rock. band yang berasal dari pj ini memulakan persembahan dengan lagu popular mereka iaitu belaian jiwa yang dimainkan semula dengan adunan resipi punk-rock mereka tersendiri. mereka telah memainkan 5 buah lagu termasuklah lagu2 yang diambil dari ep pertama mereka antaranya ialah selamanya, felt in love, heartbreak dan start again.

selesai persembahan dari sky juice coffee, persembahan diteruskan dengan band mushbutton.mushbutton adalah satu band project brit pop yang berasal dari MMU. mereka telah membawakan 4 lagu mereka sendiri. (maap yeh sbb tak ingat tajuk). seperti yang dijangka, crowd masih duduk (mungkin malu untuk berjoget bersama) walaupun lampu telah digelapkan dan hanya ketinggalan lampu lip-lap. antara lagu mereka dibawa pada hari itu ialah 1720 dan bertukar arah.

selesai mushbutton beraksi, kini tibalah masanya spunky funggy (local pj punkrock band) beraksi. spunky funggy kembali beraksi dengan drummer lama mereka bersama bassist terbaru setelah azim keluar dari spunky funggy. seperti yang dijangka seperti biasa, wolf telah membakar semangat crowd2 untuk ber'joget' bersama mereka. spunky funggy telah membawakan 3 lagu mereka plus 1 intro (sejak bile spunkyfunggy ada intro yeh? :P) dan 2 daripadanya adalah lagu baru selepas demo mereka "smile for the revolution". antara lagu yang telah dimainkan mereka adalah rock gampang untuk rakyat, i love the law dan gegar!. dan ketika 'berjoget' bersama tanpa disedari aku telah mencederakan salah seorang daripada crowd wunderbar. dengar cerita geraham sumbing yeh? sory yeh bang. aku betul2 tak sedar :P

setelah habis spunky funggy beraksi, kini tiba sebuah band yang tidak asing lagi di pantai timur iaitu foes yang dibarisi oleh 5 orang anak muda yang membawa muzik jenis progressive metalcore. mereka telah memainkan 4 lagu mereka sendiri. seperti yang dijangka hampir kesemua crowd telah bangkit untuk ber'gusti'. akan tetapi tiada seorang pun yang maju kedepan. atau mungkin mereka kelihatan malu lagi? hehe. akan tetapi persembahan foes tetap mantap dengan gelagat vox nya yang asyik menghayunkan mic sehingga mic pecah :P. walaupun telah diberitahu untuk tidak memanjat amp dan bass drum, tapi mereka tetap memanjat. hahah tapi takpe asalkan barang tak rosak :D

setelah habis foes beraksi sekali lagi punkrock band telah masuk kepadang dengan alunan muzik punkrock. persembahan bermula setelah andax mula membuka baju (naked punkrock :P). the liberals yang berasal dari johor yang dikepalai oleh andax telah memainkan 4 lagu mereka sendiri dan 2 lagu cover. antara lagu mereka ialah nasihat seorang teman, hati nurani, kepala batu, ruby soho dan bob dari nofx (cover). walaupun tidak soundcheck dan bunyi kurang memuaskan akan tetapi the liberals tetap memberikan persembahan yang baik. pump up the code! 70's punk always in my heart :P

ketika jam berganjak ke jam 7.00 malam, persembahan diteruskan dengan band dari kuala lumpur sendiri iaitu embrance in silence yang dikepalai oleh aren (x-drummer gastacops). mereka yang membawakan muzik progressive metalcore kental bermain 4 lagu mereka sendiri. untuk pengetahuan band ini telah menggantikan band cannaris yang tidak dapat bermain pada hari itu atas sebab yang tertentu. and thanks to aren kerana sudi menggantikan band cannaris pada hari tersebut. selesai embrance in silence beraksi, drummer mereka aren terpaksa bergegas ke puduraya untuk pulang ke terengganu menaiki bas pukul 9malam. walaupun terpaksa bergegas, embrance in silence tetap menunjukkan presetasi yang mengagumkan pada malam tersebut

selepas itu persembahan diteruskan dengan band Man of Sin. dari namanya pun sudah menunjukkan betapa hardcore nya band yang bakal beraksi ini :P. mic terpaksa ditukar dengan menggunakan mic yang disediakan oleh club sendiri. ini kerana makin lama bunyi mic yang disediakan makin SUCK! band Man of Sin yang diketuai oleh man telah membawakan 6 lagu bersama dengan line-up nya yang lama bersama seorang seasonist drummer kental dengan aksi mereka memperjuangkan muzik progressive metalcore. mereka telah memainkan 4 lagu mereka dan 2 lagu cover dari Arkangle. ketika lagu terakhir akhirnya dapat juga crowd crowd yang hadir (kebanyakannya adalah crowd progressive metalcore) bergusti. hahahaha akhirnya!

setelah man of sin beraksi. kini tiba giliran gritty floor yang membawa genre grunge bermain. band ini dianggotai oleh 4 orang anak tempatan terengganu. walaupun ketika ini crowd mengambil keputusan untuk duduk aje. tapi gritty floor tetap mengadakan persembahan yang tidak kurang hebatnya dengan band2 yang lain. mereka telah membawakan 3 lagu yang mereka adun dengan citarasa resepi mereka tersendiri yang penuh dengan raw dan grunge!

setelah lama menunggu, akhirnya sebuah band dari MMU yang diberi nama soul grift kini mengambil giliran untuk beraksi. band ini dianggotai oleh 4 orang anggota yang memperjuangkan muzik alunan funky rock. walaupun pada mulanya band ini tersenarai di awal sekali. akan tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan band soul grift terpaksa di anjak ke belakang. thanks dude for being sporting! mereka telah membawakan 3 lagu mereka sendiri. terasa syok pulak tengok ketukan baldi mereka dengan bersahaja tetapi padat dan ketika melihat aksi vox mereka. aku teringat akan vox "pop shuvit " sebab kalau seiras pandang memang saling tak tumpah :P.

dan band yang terakhir sekali adalah band raga muffin yang berasal dari MMU yang dianggotai oleh 4 orang anak muda. mengikut sumber yang boleh dipercayai mereka membawakan muzik alunan funky modern rock. fuhhh sungguh banyak gajet yang telah digunakan oleh mereka untuk menghasilkan muzik mereka yang tersendiri. mereka telah membawakan 3 lagu mereka sendiri. antaranya ialah 2 for eleven dan castaway. aku asyik dengan alunan muzik dan petikan gitar dari guitaris mereka man. bagaimanapun two thumbs up for raga muffin kerana sedia menunggu dari awal hingga akhir gig.

walaupun gig start lewat dari yang dijangkakan iaitu pada pukul 4.45 petang. persembahan tetap dapat ditamatkan seperti yang dijangkakan iaitu sebelum jam 9.30 malam. terima kasih kepada semua band2 yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali! dan untuk pengetahuan semua, semua band yang telah dipanggil kami tidak janjikan apa2. bukan kami mementingkan keuntungan tapi setelah di tolak modal untuk membayar segala keperluan. kami juga tidak memilik ape2 :P

bawah merupakan kiraan kasar yang diperolehi pada hari tersebut
total kutipan = RM500
bayaran dewan = RM 500
bayaran instrument = RM 550

total RM 500 - RM 1050 = -RM550

walaupun mengalami kerugian. kami tidak kisah mana kerana apa yang kami fikirkan ialah kepuasan dan bergembira bersama kawan2 (dude! money is easy to find... but friends?). dan berbanyak terima kasih kepada band yang telah bermain pada hari tersebut walaupun terdapat banyak kekurangan antaranya ialah satu aje mic stand yang disediakan, instrument yang lewat sampai, dan ucapan ribuan terima kasih kepada yang telah menjayakan gig tersebut. kepada crew2, ayu (emcee) , muna (tiket), atim (bonzer), judin (bonzer), busut, edy, bdoo, mo, fellow, naim, penan, fiza (XD), zila, mina, apis (foes), apis (rainbow), wolf (spunkyfunggy), man (raga muffin), andax (the liberals), ajen (wunderbar), myo (sky juice coffee), man (man of sin), aren (embrance in silence) joe (gegey production) dan kepada siapa pun yang tidak dapat di senaraikan dalam list (ramai sgt laaaa..). ribuan terima kasih aku dan wan ucapkan kerana menjayakan gig kami ;). harap kite jumpe lain kali. chiow

*kalau ade salah info tlg perbetulkan yeh :D
*regards patah

last edited
16 March 2006 thursday 8:47am

No comments: