18 July 2008

A TRIBUTE TO NOFX Review

A TRIBUTE TO NOFX Review

5 February 2006 / 1pm till 8pm
countach assholes, Tmn University, JB.

Band Lists
Chaindolls Dead Segamat Hardcore/punk
LGT - Singapore Hardcore
Priceless Stupid Box JB Skapunks
Carbon 4 teen Pontian Punkrocks
Fags and Stoned KL Punkrawk
Tim Yohanan KL Punkrocks
Wrongang KL Punkrocks
The Liberals JB Punkrocks
Short Beach Wankers BP Punkrocks
Special guest Australias punkrock

Crews
Aku & Ajai PR,MC,etc..vitamin c..
Nigez kontek2, photo.
Boy, Faris & Daa Pak guard Entrance
Pojie giler & Pojie Bodo jaga kt instruments
Sem & Mat Rabun Pembantu program cuti-cuti Malaysia
Pawan, Ngap & Mat Nor - Others


Hello guys
Terdahulu saya dan krew ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami sendiri kerana telah bertungkus lumus menyempurnakan gig ini dengan tanpa masalah besar yang berlaku walaupun terdapat kekurangan dalam gig tersebut.tidak lupa juga kepada band-band, penonton wayang, penari dan sesiapa sajer yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

JIKA mengikut seperti yang dijanjikan, gig tersebut akan bermula pada pukul 1pm.. rupanya betul kata kawan2..janji melayu..mesti lambat. dah macam jadik satu amalan pulak..bila janji pukul 1 maka start pukul 2. maka dengan proaktifnyer kami membasikan 1 jam, dengan harapan gig akan bermula jam 2 petang. malangnyer.. pukul 2 pon gig tidak jugak start. sebenarnyer, band Wrongang dari KL telah sampai pukul 12 tengahhari lagi. kitaorang sempat berjamu selera kt Restoran Safiah.

1. Chaindolls Dead
Undian giliran telah dibuat (ianya seperti diatas), dengan hormatnya Chaindolls Dead merasmikan NOFX Tributes pada hari itu. time tu aku tertumpu kepada bassist mereka yang menggunakan Ibanez 5 strings. Mereka telah menyanyi beberapa lagu..dengan dimulakan dgn lagu cover Democracy=hypocrisy (FsF). teringin jugak aku nak nyanyi bersama tapi nanti dia nak guna mic ape plak.. dengan echo mic yg begitu tinggi, aku tak beberapa dengar tajuk2 lagu-lagu lain. Namun terdapat jugak mesej-mesej berani dan boleh difikirkan bersama yg diketengahkan oleh mereka. Chaindolls Dead menarik perhatian audience dgn lagu favorite aku yg telah diubahsuai skit iaitu Leave it alone (NOFX covers) Ngamuman vocalis Chaindolls dead memang mengancam..aku anggap itulah trademark sakti chaindolls dead.

2. LGT (Little Girls Terrorist)
Dari segi nama band dan genre aku dah agak mereka akan performe dgn seganas yg mungkin walaupun mereka bukan pengganas. Band ini datangnyer dari Singapura. tapi diorang ini baru sampai dari KL sebab ada show kt saner gak. tahniah! macam usahawan berjaya korang ni.. Singapura ke JB plak mmg tak jauh tapi penat gak sbb kt tambak johor mmg jam + padat giler babi oleh rakyat Malaysia dan Singapura yg berulang-alik.. At lis, satu jam jadik bongok kat situ. Bassist band ni perempuan..boleh tahan la dia main..mengamuk jugak kt dalam tu..ditambah pula dgn drum yg besh dan sopan, vocal mereka yang mantap boleh mengalahkan misha omar..memang tak sia-sia mereka datang. namun takde NOFX covers yg dibawa oleh mereka.

3. Priceless Stupid Box
Band tak perlu dipertikaikan, mereka memang dah biasa kt countach tu..dah macam rumah diorang dah..aku enjoy menyaksikan mereka, bukan sebab kawan..tapi memang besh la.. tapi madey tak pulak pakai gitar Ibanez beliau tu..naper sayang eh? simpan dalam peti sejuk? Bassist diorang memang power.Nuar namanya..takziah jugak kami ucapkan kepada nuar kerana mak nyer sakit. suara big show jugak boleh tahan, sambil dia main horn dia jugak menyanyi. mereka telah membawa lagu Kill All Da Whiteman dgn jayanyer..time tu jugak kelihatan crowd terkinja kinja & sing a long..

4. Carbon 4 Teen
aku tak boleh cakap aper-aper kt sini sebab aku yg main bass. biarlah orang lain yg mengulasnyer..cumer kitaorang ada bawa 3 lagu nofx iaitu Murder da Government, Stickin in my eyes dan Decom poseur. selebihnyer kitaorang main lagu sendiri..terima kasih sbb support kami..

5. Fags and Stoned feat. Tim Yohanan
actuali, line up diorang ni lebih kurang jer..so diorang main sekali gus jer.. memang dah lama giler aku tak jumper dak2 fags n stoned. tobek dgn wale khususnyer. tak lupa jugak kpd ex-drummer FnS iaitu Lan. Lan ada datang gak... 1st skali aku tertumpu kt guitaris baru diorang..tgk lain macam jer..pastu aku tengok plak drummer diorang pon lain macam jer..macam ada aura ajaib..bertambah pelik lagi apabila si drummer (zul) mintak tuner drum kt gitaris (bukan wale) yang berambut hitam ada hijau-hijau skit dan panjang melebihi bahu. zul telah membuka tom-tom drum. bukan satu..kalo satu biasa la..tapi dua-dua tom-tom dia bukak..mak aih..aku teringat plak travis. tapi tu transplant lain giler.. dari opening song dan terus masuk lagu green corns, aku dapati tidak syak lagi diorang ni memang terer.. diorang juga ada memainkan lagu NOFX yg susah tapi enjoy macam Medio Core dan Moron brothers..dan satu lagu yg panjang giler iaitu The Decline yang dinyanyikan oleh Lan.

6. Wrongang
Band ini pon dari KL..wrongang dianggotai oleh Reeza as gitaris + voc, Amry bermain bass + 2nd voc dan Lan sebagai kakipukul (drum). diorang ni besh jugak..aku minat dgn band diorang ni sbb selalunya diorang ni suka main lagu yg susah tapi sedap, eider jam ataupun show. Lagu diorang ni pon susah2 juga..senang cerita diorang ni mmg suka menyusahkan diri sendiri dan orang ramai termasuk kawan-kawan.hahaahatapi time NOFX tributes, diorang tidak memainkan lagu yang susah sangat. sekaligus ia memudahkan audien nyanyi bersama-sama. lagu NOFX yg dibawa oleh mereka pada hari tersebut ialah The Brews dan Longest Line. diorang juga bawa cover song dari Rx Bandits iaitu republicn.


7. The Liberals
Band punkrock dari JB ini memang boleh dibawa ketengah..terima kasih kt Andax (gitar + voc) kerana dapat bermain walaupun line up mereka telah digantikan oleh kawan2 (weh andax, kirim salam kat kawan-kawan ko tu..hehe..diorang tu aku kenal lama dah gak)..aku nampak effort si Andax ni..walaupun line up lain takde tapi dia mampu juga menjayakan misi The Liberals pada hari tersebut. pada ketika ini aku memang sibuk giler.so aku tak tahu apa sangat. time aku juga tengah menguruskan band dari Australia yang nak cari studio utk jam. nasib kawan2 ada membantu aku..aku masuk2 jer..The Liberals tengah menyanyikan lagu Bob (NOFX covers). lagu Bob yang dibawa oleh The Liberals memang lain skit. tapi skit-skit macam dipetik dari album NOFX-Rancid sebab part ska/reggae telah digantikan dengan overdrive yang kasar. agaknyer la.. efek dari metal zone yang digunakan Andax telah terjejas berkemungkinan bateri low. kami betul-betul berminta maaf kt Andax sbb tak provide adapter utk beliau. walaupun demikian The Liberals dapat juga menyajikan melodinye kepada audien.

8. Short Beach Wankers
Band ini datang dari Batu Pahat,johor.. sebenar band ini adalah serpihan daripada band Secret Sound grunge (rip) & Scherzo punkrock (rip). kalau tersilap fakta sori yer..tetapi pada ari tersebut Amri atau Wee tidak dapat hadirkan diri. Namun ia tak menghalang SBW utk menunjukkan bakatnyer.. diorang ada memainkan lagu Linoleum (NOFX covers). walaupun sangkut-sangkut skit tapi secara overall ianya boleh tahan la..sangkut-sangkut tu pon sebab kesilapan mereka meneguk alcohol terlalu banyak..hehe sori udin..terdapat satu lagu melayu ala-ala pop punk yang bermelodi dibawakan oleh udin.. besh la pada aku.. pitching pon tak lari sangat..sesuai dengan aku yg punkrock + jiwang. Cuma sound gitar yg muncul dari marshall amps tersebut tidak balance yg menjadikan lagu tersebut samar-samar. kelihatan jugak budak Australia tampil dan cuba memahamkan bahasa melayu yg dinyanyikan oleh udin. seronok la time ni sebab dapat tengok crowd yg dah menggila dengan aksi slam, pogo, melompat, menggigil, boxing dan lain-lain. mana taknyer SBW membawa lagu Im Not Ok (MCR), dinyanyikan oleh perempuan plak tu..aku rasa da macam Tribute to MCR plak..hehe..

9. ? Australia Bands
Band sememangnyer dari Australia tapi diorang ni bukan la satu band..masing-masing mempunyai band yg lain. mereka adalah pelancong Australia semata-mata dan ada skit tugas yg ingin mereka selesaikan di Singapore.. oleh kerana minat mereka terhadap punkrock yg amat tebal mereka melalui As telah menghubungi aku utk sama-sama mengindahkan NOFX Tributes Show. dah orang putih yg nyanyi pelat pon tidak, hensem pon ada skit, main gitar pon tak masalah dan kulit putih. faktor-faktor ini menyebabkan crowd seronok sing a long (kebanyakkannyer crowd yg nyanyi berbanding aussie ni) ..apatah lagi mereka hanya bermainkan lagu-lagu yg famos-famos. seperti spokemen, 99 red balloons, American idiot dan lain-lain. terdapat jugak lagu Blink182 dan NOFX. keadaan memang meriah! tak salah apabila aku mengatakan kita ni masih hormat orang luar atau pelancong..terima kasih kepada audien kerana memberi komitmen yg baik sekali. walaupun pada aku mereka tidak la sebaik band-band sebelumnya pada hari tersebut. at lis, mereka telah memeriahkan suasana. kehadiran diorang ni memang patut dihargai..

Disebalik Pintu dan Dinding

Wrongang datang awal giler.. mereka sampai 10 minit lebih awal dari organizer. thanx korang!
Band dari Singapore dan Australia tidak ada dalam flyers..sebab mereka yang nak join last-last minit. rata-rata audience tidak mengetahui yg mereka akan hadir.
Sem dan Mat Rabun (seksual coklat) seperti pemandu pelancong. hahaha.. mereka yg bersusah payah menjemput dan menghantar diorang (australian dan sporean) ke Larkin. Terima Kasih korang
Kesian budak Singapore dan Australia kerana dihantar balik (masa yg berbeza) menggunakan kereta aku yg buruk dan kerosakkan pada kompressor air cond. mesti aussie tu cakap sunggiuh penes..nak selesa beli kereta sendiri..hahaa..
Member aku cakap ada budak main Fire Extinguisher (pemadam api) dalam tu..yg menyebabkan berasap tebal. aku ingatkan Amps terbakar..siot tul!
Kitaorang tak sempat berbual dengan Magoo (The Official), bassist & pemain horn P.O.H yang turut hadir kerana terlalu bz..
Crowd yg masuk masih tak sedar apa yg tertulis pada cop tersebut..


Kesimpulan

Secara keseluruhan, ianya baik..band sekarang ni jugak komited terhadap music. mereka juga tau apa yg diorang mainkan. nasib baik tak jumpa band yg main sapu jer.. apa ada depan mata dia main jer..namun ada la skit-skit ulasan dari pemerhatian aku. kalo aku silap sori la yer..

Sounds sebenarnye tak lah teruk pon..Cuma ada band yang soundnyer tidak seimbang, humming yang melampau, mungkin perasaan nervous tu dah atasi tumpuan. benda macam selalu berlaku. kadang ianya terjadik kt aku gak. ia terjadik bila kita terlalu gopoh, takut crowd tunggu lama. sebenarnyer amik masa takper tapi jgn la lamer sgt plak..

dari segi susunan, aku rasa band-band sebenarnya telah stanby awal.takde la kelam kabut sangat Cuma ada segelintir band masih guna cara lama, susun lagu atas pentas supaya lebih raw. sebenarnya cara lama boleh pakai tapi ikut situasi dan mesti dah ada preparation..kalo tak ia macam membuang masa, kelam kabut dan crowd boleh jadik tak paham. cara penyampaian yang teliti dan peka menjadikan kita lebih seronok melihat dan penyampaian tersebut menjadi lebih efisien..kusyen,lotion,tuisyen dan seposen.

crowd pulak datang lambat..pada mulanyer lemah..dan memerlukan tempat duduk seperti OKU. tapi pada akhir rancangan, aku tak pasti dari maner datangnyer diorang ni..sumernyer bertindak liar dengan keseronokkan dan show menjadik lebih meriah pada hujung-hujung rancangan..caya laok lapenat taipsebarang feedback dari korang amat dihargai..k bye.

No comments: