22 December 2008

PunkRawk Freakers



Ini adalah gig pertama kami yang penuh dengan kontroversi, setelah dicop rasis untuk gig di penang 27hb ni. dan kami telah menyangkal dakwaan itu dan disokong oleh warga Nervous dengan mengeluarkan newsletter bertajuk Mempelam (kalau tak silap la). dan ini ada yang menyebabkan ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan cuba membalas pada gig punkrawk freakers ini.

Dan sememangnya benar kerana pada hari itu aku telah diugut oleh pihak terbabit. dan aku terpaksa berhati-hati. aku hanya menegur orang yang aku kenali dan orang yang aku tegur. Kekecohan mula berlaku tatkala Soul Savior bermain. Bukannya kami marah mereka tak bayar tiket masuk, itu sudah lumrah. Masalahnya mereka mengugut dan cuba bertumbuk degan penjaga tiket dibawah. Kalau datang nak enjoy takder masalah, yang menjadi masalah ialah apabila datang dan mengacau orang lain.

dan keadaan suasana terus menjadi tegang dan suram sehinggalah JBH selesai bermain. dan slot kami digantikan dengan Johnny Comes Lately. Setelah Johnny Comes Lately baru lah slot kami, disebabkan mahu menghindarkan sesuatu yang buruk berlaku dan mahu keadaan kembali tenang.

Dalam playlist kami terdapat 10 lagu dan hanya sempat bermain hanya 6 lagu. itu pon encik amert suruh main 4 lagu jer. haha.. its ok, sebab lagi senang kalau diberi tempoh masa, senang sikit kami nak adjust lagu apa yang nak dibawa. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang hadir dan memberi sokongan. aku tak tau nak balas macam mana. terutamanya mereka yang datang dari jauh semata-mata gig ini.

Terima kasih yang tak terhingga yer. dan juga tak lupa buat pihak Organiser iaitu: Red Ink Entertainment dan Nervous. Kalau tak sebab kalian , gig ini tak akan ada.

No comments: