30 December 2008

Tahun Baru Datang Lagi


Sedar tak sedar semakin jauh perjalanan hidup ini ada yang baik ada yang buruk itu semuanya adalah dugaan. Dan dalam bermain muzik ni banyak perkara yang dipelajari di caci dimaki dipuji itu semuanya sudah lali dan harus diterapkan dalam diri. Mental dan fizikal juga perlu bersedia untuk menghadapi apa yang mendatang.


dah masuk 7 tahun perjalanan The Liberals amat menyukarkan dan menyedihkan. Bermula ibarat Sampah dan kemudiannya dikitar semula, maka jadilah kami seperti sekarang. 2008 banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, berjumpa dan berkawan dengan rakan-rakan baru banyak memberi aku inspirasi dan kekuatan untuk terus disini. Walaupun jatuh terpaksa berdiri semula. Banyak permintaan bermain di gig atau event terpaksa dilupakan. Pada awal tahun kesemua line-up masih belajar di pengajian tinggi kecuali aku. dan terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Dipertengahan tahun pula Irwan meninggalkan The Liberals diikuti Abby bagi memberi komitmen dengan Johnny Comes Lately.Dan di penghujung tahun baru la kami dapat pengganti di posisi drum, iaitu Krol (FRU dan Civil Disorder), dan Ippo (Lucky Munky) sessionis diposisi Bass.

Banyak perancangan yang terpaksa aku sendiri tangguhkan, seperti materials baru dan juga merchandise. Mungkin tak sempat untuk disiapkan materials baru kerana apa yang berlaku dengan pertukaran line up. Mungkin tahun 2009 kami akan mengeluarkan materials baru, samada EP atau Full Length masih difikirkan lagi. Merchandise pula kami serahkan kepada Skullitica disebabkan aku sendiri tiada masa untuk menguruskan hal berkenaan, dan aku sendiri kurang arif.

dan terakhir sekali,

Selamat Tinggal wahai 2008
engkau kini tinggal kenangan
itu semua tak akan ku lupakan
telah ku sahut segala cabaran

Selamat datang wahai 2009
akan aku tempuh segala dugaan
jatuh bangun terus berjalan
melangkah maju mara kehadapan

-cheers
-andax

No comments: